Wednesday, November 30, 2011

BILA ORG JAHIL BERKATA-KATA

Disebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...
tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

... ... ✿ Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal cmne pastu makan guna tangan pulak tu...ne mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

✿Seorang anak muda pulak menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

✿Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ne..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu
✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor"

test...


hari ini ak jwb test pleng rilek n first tyme kot ak jwb test tp soalan just tlis ats whiteboard....
dh la soalan tu dh 2 mingu die bg dh soh stdy.....madam plak lpas je tlis soalan trus blah,..ayat seyum2 sinis,SAYA PERCAYAKAN KORANG SUME.sy nk kuar,lau x sy nk sembang dgn korg tyme test,sy xleh duk snyap,nnti abis sy dtg blek..HEHEHEHE..

mmg Pn Khamisah trbek, tp nk wat cam ne,sem ni je kot die da,sem dpn die nk pindah len dh...
siap,......

#die pernah dtg lam mimpi ak kot mingu lpas...huhuhu.....


Monday, November 28, 2011

tapi..

Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu.

Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu...:-)

#tapi bolehkah aku menahan perasaan itu???#

andai...

'Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat..'

(Imam Al-Ghazali)



dia x cantik,tapi dia menyenangkanku......

Ak percaya kita semua bkan mncari pasangan yang sempurna, tetapi skurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul x?
Aku pun begitu juga. Aku tak mau yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, die jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh die. Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Ak tak suka.Bagi Ak la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, ak nak berubah.

Ak dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok die, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut
bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura die lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhuhuhu



Friday, November 25, 2011

i miss u...


hampir setahun aku hanya sekadar memerhati,
hampir setahun aku hanya menyokong dari tepi,
hampir setahun aku hanya menontonmu hanya dari tv,
hampir setahun aku berimiginasi denganmu hanya dalam mimpi,
hampir setahun aku merana diri,...

semuanya kerana aku masih belum pulih lagi,
untuk melepaskan rindu di hati,
bermain bola kembali.............:-(

Thursday, November 24, 2011

doA pHON jODOH tErbAik


Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah… wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu, jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Wednesday, November 23, 2011

kebahagiaan....

mode:bgn tdo pkul 5pg..
kebahagiaan?
KELUARGA..Alhamdulillah,ak dikurniakan family yg amt baik,fham ak,sporting,wlau ak dh byk nyusahkn idup family ak sume..

KAWAN
..syukur ak dpt kwn yg sgt memahami,mmg ak xrmai knalan,tp ckup la d mana2 ak da,ak da kwn yg bek tuk mntak tlong,bek kt kg,kt u or kwn tyme skul yg smpi skrg stil close,..jnis ak snang,org buat bek nge ak,ak buat bek nge org tu,..stkat ni ak xde lagi msuh,n ak xpnah gaduh smpi xtgur sapa nge mber..
DUIT..stkat nie ak xde mslah lg lau sal nie,wlau brutang beribu dgn ptptn,.ak bkn jnis kedekut n bkn jnis pndai simpn duit,lbh2 lau da lam poket,lg la cpt abis,da lam bank ok lg..tp lau dah ak set nk bli sometim,ak aakn blapar tuk brg tu..huhuhu...

CINTA...1 1 nye ak kekurangan skrg nie,.sering kali di kecewakan...mgkin ak belum jumpe yg terbaik untukku,yg sudi menerima ak seadanya spt mne ak leh trime die....,katanya seseorang,even sy ske die,die plak xske sy,yg ske sy,sy plak xske kt die....tp btol la,bnde tu blaku lam diri ak...tp ble ak dh berkenan kt seseorg,.xksah la cam ne pn die pd ak,tp 1 je ak pegang,.dia adalah aku,walau ak bknlah die,...MGKIN AK XDPT lg KEBAHAGIAAN MELALUI NIE..walu perkahwinan tu sndri lom jamin satu kebahgiaan,(ayat ustaz tyme kusus kawen)...hhuhuu

hidup=1/2 kebahagian+1/2 penderitaan....MLS DH MENGARUT,DH PKUL 6 DA..

jOdoh.............


1 tahun, 2 tahun atau 3 tahun?
Masih belum mampu untuk aku katakan yang kita punya jodoh bersama.
Meski aku setia bagai nak mati pada kau sekalipun,
Belum tentu kau aku yang punya.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz untukku?
Engkaukah yang bakal menemaniku menuju jalan syurga?
Dirimukah yang akan melengkapi separuh dari agamaku?

Duhai kasih..

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawablah.
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerana jawapan itu bukan ditanganmu,
Tetapi di tanganNya, ditangan Tuhan kita,
"ALLAH" Tuhanku dan Tuhanmu.

sumbanganku


apa sumbanganku pd family,
apa sumbanganku pd sekolah yg prnah ak tingalkan dlu,
apa sumbanganku pd Uitm
apa sumbanganku pd kwn2 ku,
dan yg pleng pnting,
apa sumbangan ku pada ISLAM.........

SubhanaAllah...sesunguhnya ak sedang berhutang pada semua...