Saturday, February 18, 2012

kisah kamu, kau dan dia

Kisah kamu, kau dan dia

Salah satu kisah cinta paling sedih pernah aku jumpa dan berada dekat dengan aku hingga sampai sekarang aku rasa macam tak logik,mengalahkan drama melayu kat tv3,

Kamu dan kau, masing-masing sahabat baik aku sejak kita diploma lagi, malah kamu dan kau bersahabat jauh lebih rapat dari hubungan aku dan kamu atau hubungan aku dengan kau Masakan tidak, kamu pernah tingal 6 bulan bersama kau dengan family kau. Tapi hubungan tu hancur keran si dia. Kerana dia lah aku dapat tengok air mata kamu menangis kesedihan apabila mendapat tahu semua nie.

Bayangkan seorang sahabat yang di katakan sahabat baik bercinta secara senyap hampir 1 tahun dengan kekasih kawan baiknya sendiri, yang mana tingal bersama serumah sewa (juga aku tingal bersama) dan wanita di puja dua jejaka itu jiran sebelah rumah. Apabila semua itu terbongkar, akhirnya kamu mengalah dan membiarkan kau dan dia bersama(byk skip part yg bez,pnjang sgt nk cite).

Tapi apa yang aku nak share adalah ketabahan kamu yang cukup tenang hadapi keperitan yang di hadapi, bayangkan selepas apa yang terjadi, kamu hanya bersabar melihat kemesraaan kau dan dia keluar bersama, naik kereta bersama di depan mata sendiri setiap hari (awek berjiran kan), malahan terpaksa menahan perasaan melihat gelagat mereka berdua di dalam kelas yang sama, projek group pun sekali. Tapi disebalik ketenangan kamu hadapi semua nie, aku dapat lihat tiada lagi seri di mukanya, jelas nampak kesedihan di mata dia, kau dan dia seolah-olah tak pedulikan langsung perasaan kamu, hinggakan semua ni menjejaskan pembelajaran kamu yang langsung tidak pedulikan final year projectnya di saat orang lain bertungkus lumus menyiapkannya, dan kamu decide keluar dari rumah sewa itu sebagai langkah untuk melupakan semua ini.

Aku sebagai sahabat kamu dan kau tak tahu nak buat macam mana, tapi serius, aku menyokong kamu 100 %, bagi aku, dia tak patut melayan kamu sedemikian rupa,kamu terlalu menyintai dia, kamu tak pernah curang di belakang dia.

Aku jadikan kisah cinta 3 segi ini sebagai pengajaran untuk aku, bila aku terkenangkan kisah ku yang lalu, hati kecilku kan berbisik, kisah kamu lebih teruk dari kisah ku dulu,tak perlu aku bersedih untuk kisah yang tak seberapa, cinta datang dan pergi ..........

*byk scene yg d skip,mls d taip*

Thursday, February 16, 2012

aku, dia dan lofa

aku kau dan neelofa...

Bagi aku ada sedikit persamaan antara kau dan neelofa, walau mungkin orang akan kata entry ni mengarut, tapi ntah la tu pendapat aku, lau korang nak kritik kritik je,nak bagi markah per 100 pun aku tak kisah, lagi aku suke....

Neelofa??nama yang cukup gah sekarang nie kat tanahair,baru je 3 hari lepas bezfren aku mat pih bawa aku pergi rumah family neelofa dekat pasir mas, tak dapat tengok die tengok rumah family die pun cukup dah,..(padahal member aku pergi rumah mak cik die dekat dengan rumah neelofa tuh)...tapi seriously, aku memang memuja gadis sebaya aku nie, dia da rupa dan tubuh badan yang dapat buat lelaki semua cair, hingga kaum adam ramai kot start tengok nona sekarang nie, tapi ak belum tengok lagi,selalu missed...

Kenapa aku bandingkan kau dengan neelofa?? mesti la sebab dua-dua aku minat, bezanya sorang tu die xknal aku, just seorang peminat kepada seorang artis dan sorang lagi tu aku dah jatuh hati kat dia. Dan lagi satu kebenaran yang pahit tuk ditelan sebabnya dua-dua jugak tak nak kat aku,huhuhu..

Bila sampai tahap dibandingkan dengan neelofa mesti la die cantik kan??huhu,ntah la bagi aku dia memang cantik, cume bezanya,neelofa seksi die x,tu yang buat aku jatuh hati kt die, bkn kt lofa,hee. Lebih lagi lau tengok badannya dilitupi dengan baju kurung,cair siot gua ckap kt lue..tapi standard la kan,orang cantik ni ramai peminat, dan sebab tu la aku rasa diri aku kecik je lau nak dibandingkan dengan lelaki lain,sekadar memuja tak layak menyinta. Dan aku percaya kalau dia create fanpage tuk diri die pn ramai yang akan like,lau xde sangat pun aku akan tetap like jgak camane pun,admirer lah katekan..huhu..

Macamane pun aku cume harap kau dan neelofa masing-masing succes lam kehidupan masing-masing, pe pon yang die decide tuk hidup die, aku akan sokong dari belakang moga semua berjalan lancar tuk kamu berdua,..TUHAN TOLONG AKU, TOLONG JAGA DIA....:-)



Thursday, February 2, 2012

makhluk yg selalu memeningkan

Jika kita kata dia cantik, dikatakan cuba menggoda,
Jika kita kata dia tak berapa nak cantik, di sangka menghina
Bila kita kata dia lemah dia protes,
Bila kita kata dia perkasa dia menangis


Mahu hak sama rata, tapi apabila disuruh berdiri dalam komuter dia masam
(Sambil membebel dalam hati, apa la mamat ni tak gentleman langsung,takde perasaan)

Mahu hak sama rata , disuruh angkat beras, macam nak nangis
(Sambil membebel dalam hati,apa punya laki…kita yang kena angkat beras)

Mahu hak sama rata , tapi bila suruh kerja berat, macam nak pengsan
(Sambil membebel dalam hati,ada ker dia suruh potong rumput , habis la tangan I.)

Bila kesalahannya diingatkankan, mukanya merah …
Bila di marah mukanya merah,
Bila di sanjung mukanya merah,
Jika marah mukanya merah,
Jika ketawa suka mukanya merah
Ek eleh semua sama ? Pening!!


Di tanya ya atau tidak, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau ya, jawabnya: diam
Ditanya ya atau ya, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau tidak, jawabnya: diam
Bila kita diam dia pula marah ! Pening!!
Apa bila kita kata banyak mulut tersinggung,


Tapi kalau kita kata peramah suka pula … padahal sama saja maksudnya
Apa bila kita kata gemuk tak suka padahal maksud kita baguslah sihat..
Apa bila kita kata kurus suka padahal maksud kita “kenapa you menderita begini !!!!”
Itulah WANITA, makin kita pening makin dia suka …


p/s: kepada pihak wanita, jangan marah ye, saje nak seloroh2.....