Monday, November 28, 2011

dia x cantik,tapi dia menyenangkanku......

Ak percaya kita semua bkan mncari pasangan yang sempurna, tetapi skurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul x?
Aku pun begitu juga. Aku tak mau yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, die jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh die. Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Ak tak suka.Bagi Ak la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, ak nak berubah.

Ak dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok die, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut
bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura die lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhuhuhu



No comments:

Post a Comment