Saturday, February 18, 2012

kisah kamu, kau dan dia

Kisah kamu, kau dan dia

Salah satu kisah cinta paling sedih pernah aku jumpa dan berada dekat dengan aku hingga sampai sekarang aku rasa macam tak logik,mengalahkan drama melayu kat tv3,

Kamu dan kau, masing-masing sahabat baik aku sejak kita diploma lagi, malah kamu dan kau bersahabat jauh lebih rapat dari hubungan aku dan kamu atau hubungan aku dengan kau Masakan tidak, kamu pernah tingal 6 bulan bersama kau dengan family kau. Tapi hubungan tu hancur keran si dia. Kerana dia lah aku dapat tengok air mata kamu menangis kesedihan apabila mendapat tahu semua nie.

Bayangkan seorang sahabat yang di katakan sahabat baik bercinta secara senyap hampir 1 tahun dengan kekasih kawan baiknya sendiri, yang mana tingal bersama serumah sewa (juga aku tingal bersama) dan wanita di puja dua jejaka itu jiran sebelah rumah. Apabila semua itu terbongkar, akhirnya kamu mengalah dan membiarkan kau dan dia bersama(byk skip part yg bez,pnjang sgt nk cite).

Tapi apa yang aku nak share adalah ketabahan kamu yang cukup tenang hadapi keperitan yang di hadapi, bayangkan selepas apa yang terjadi, kamu hanya bersabar melihat kemesraaan kau dan dia keluar bersama, naik kereta bersama di depan mata sendiri setiap hari (awek berjiran kan), malahan terpaksa menahan perasaan melihat gelagat mereka berdua di dalam kelas yang sama, projek group pun sekali. Tapi disebalik ketenangan kamu hadapi semua nie, aku dapat lihat tiada lagi seri di mukanya, jelas nampak kesedihan di mata dia, kau dan dia seolah-olah tak pedulikan langsung perasaan kamu, hinggakan semua ni menjejaskan pembelajaran kamu yang langsung tidak pedulikan final year projectnya di saat orang lain bertungkus lumus menyiapkannya, dan kamu decide keluar dari rumah sewa itu sebagai langkah untuk melupakan semua ini.

Aku sebagai sahabat kamu dan kau tak tahu nak buat macam mana, tapi serius, aku menyokong kamu 100 %, bagi aku, dia tak patut melayan kamu sedemikian rupa,kamu terlalu menyintai dia, kamu tak pernah curang di belakang dia.

Aku jadikan kisah cinta 3 segi ini sebagai pengajaran untuk aku, bila aku terkenangkan kisah ku yang lalu, hati kecilku kan berbisik, kisah kamu lebih teruk dari kisah ku dulu,tak perlu aku bersedih untuk kisah yang tak seberapa, cinta datang dan pergi ..........

*byk scene yg d skip,mls d taip*

No comments:

Post a Comment