Monday, June 4, 2012

malam pertama..


     Mingu lepas mesti banyak kendongan kan,kat sana kat sini,semua ada bila cuti sekolah, aku jugak tak terkecuali pergi kenduri, siap pergi kelantan teman member kat sana,tapi aku tak nak cerita pasal kendongan or kenduri nie,tapi aku nak cerita apa yang berlaku lepas malam kenduri tu,tak kisah la mana-mana kenduri pun, yang aku nak cerita pengalaman malam pertama tu, semua kenduri kawin takkan terlepas malam tu..hee, tapi jangan fikir bukan-bukan..

                Serius, jauh di sudut hati aku, aku dambakan satu perkahwinan yang sangat pentingkan kehormatan, yang ada perasaan malu yang menebal antara satu sama lain, bila mahu hadapi malam pertama, si suami mahupun isteri malu-malu, even nak bukak pintu  nak masuk dalam bilik pun rasa nak mintak izin bagi salam dulu kat isteri yang ada dekat dalam, apa lagi di saat nak sentuh isteri,tapi masih adakah nilai-nilai itu sekarang?, bila dah terbiasa pegang sana, pegang sini, bagi aku tiada hebatnya malam pertama yang dikatakan impian teruna dara yang ingin menamatkan zaman bujang mereka.

                 Alah bisa tegal biasa katanya pepatah lama, mungkin betul mungkin tidak tapi kan susah sangat nak cari relationship or tunangan yang tak pernah bersentuhan, yang berzina, yang main ringan-ringan memang tak terbilang banyak sekarang,masing-masing membuktikan kasih sayang melalui belaian manja dan sentuhan intim sebelum berkahwin untuk menunjukkan kasih sayang, cinta pada pasangan, walau semua tu hanya berlandaskan nafsu semata,(bercakap based on pengalaman). Andai ditakdirkan jodoh aku dengan seseorang yang punya pengalaman hitam seperti nie, aku redha, kerna kita tak tahu siapa jodoh kita,mungkin dengan dia,dia dia dan juga dia..

                Aku akui aku bukan baik sangat nak cakap benda macam ni, tapi cukuplah aku dah pernah lalui sisi gelap dalam hidup aku, bila dah melangkah umur 23 nie,aku dambakan percintaan yang matang yang akan membawa aku ke arah perkahwinan seperti yang aku mimpi, apa yang lepas cukuplah berlalu dan tak ingin ku ulangi ,berdating tak ingat dunia, berjalan berpimpin tangan, tapi kesudahannya putus entah ke mana. Sekarang nie aku dah nekad, takkan sentuh bakal isteri aku walau tangan dia sekalipun,  aku akan cuba pertahankan benda nie seperti mana aku nekadkan diri aku untuk tidak pernah cuba menghisap rokok,biarlah rasa segan dan malu tu akan ku simpan hingga ke gerbang perkahwinan,...

-luahan hati seorang yang biasa tapi tinggi harapannya....-

1 comment: