Sering aku mendengar kata “sayang” ini,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata “sayang kerana Allah”
Aku baru cuba mengertinya saat aku mengenali mu
Lalu seperti apa “sayang kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku ikhlas menyayangimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku menyayangimu kerana Allah”…
Ketika aku meminatimu kerana akidahmu …
Ketika aku jatuh hati kerana paras wajahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita mulakan bicara …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsia peribadimu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk menyayangimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Sahabatku, apa kau juga “menyayangimu kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
No comments:
Post a Comment