Wednesday, May 16, 2012

erm.............

diri ini ingin selalu menatapmu,
tapi biarlah ku cuba menahan,
bimbang tercium bau zina,
hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu,
lalu ku cuba endahkan semuanya,
tak ku zahirkan didepanmu,
cukup hanya Allah yang tahu,
apa yang ada dihatiku,

ku tersenyum melihatmu,
bukan bererti ku ingin mengodamu,
kerana ku takut ku kan terbakar dalam godaan itu,
moga jarak pemisah antara kitajadi penghalang yang tebal,
cukuplah sekadar aku senang dengan kehadiranmu,

terkadang seperti sebuah harapan dihulurkan,
tapi aku tak terus melompat girang,
bimbang di hati kian mengembang,
gusar andai apa yang aku inginkan tak sama dengan apa yang aku harapkan,
mampukah diri ini menelan kepedihan andai berlaku kekecewaan
mungkin ya jika segalanya kerana Tuhan dan iman,

tiap hari doa kurafakkan,
moga DIA mumbuka pintu kebahagiaan,
mungkin kerana cintaNYA, aku mula mengenalimu,
mungkin kerana kasihNYA, kita mula bertemu,
dan mungkin kerana agama yang ada pada dirimu,
aku mula jatuh hati padamu,
moga kata hatiku ini,
bukanlah yang akan mengheret kita kepada kemurkaanNYA yang maha berkuasa.....


untukmu si bidadari..

2 comments: